KDB Tun Habab Form 1 (Kebaikkan & Keburukkan Internet)
12 Mei 2017 | Aktiviti Terkini
Pada 11 Mei 2017, Pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia Kampung Semangar Dalam bersama Kluster Kota Tinggi telah mengadakan KDB di Sekolah Menengah Tun Habab bertajuk Kebaikkan & Keburukkan Internet. Program ini melibatkan seramai 126 pelajar tingkatan 1. Program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan terhadap Kebaikkan & Keburukkan internet selaras dengan perkembangan dunia siber. Program ini dijalankan bermula pada jam 2.00 petang hingga 6.30 petang.
Program ini dijalankan hasil kerjasama bersama Pusat Ekonomi Digital 1 Malaysia kluster Kota Tinggi. Program ini dijalankan untuk memberikan kesan buruk dan baik dalam penggunaan internet serta mengaitkan isu semasa yang sering berlaku dalam masyarakat. Dalam Program ini juga kami membuat sedikit aktiviti dimana pelajar tersebut dibahagikan dalam kumpulan dan diberikan tugas untuk melakonkan sebuah sketsa berpanduan tajuk yang mereka dapat. Dengan aktiviti ini, kami harap mereka akan lebih jelas paham terhadap sesuatu situasi daripada lakonan rakan-rakan mereka.
Di setiap penghujung sketsa, mereka akan memberikan tajuk dan kesan-kesan terhadap sketsa tersebut. Disitu , mereka akan dapat pengajaran dan memahami kesan buruk terhadap salah laku di dunia siber. Sebelum penutupan program ini, kami juga menyediakan hadiah kepada setiap kumpulan terhadap usaha mereka dalam lakonan sketsa tersebut. Kami juga berharap program sebegini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang agar kami dapat memberi maklumat yang tepat pada masa-masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: